Labels

Powered by Blogger.

Wednesday, 23 October 2013

BiSN3S ONl!nE

PERNIAGAAN INTERNET (BISNES ONLINE)

Apa itu perniagaan internet? Perniagaan Internet adalah satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai platform utama anda. Pada era kini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama dan sampingan. Memandangkan internet adalah satu platform yang cepat, mudah digunakan, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat murah, mudah dan menarik.
Internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini memjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan traditional.
Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat dan  merupakan satu ciri yang unik. Contoh-contoh produk yang boleh anda pasarkan dan jual melalui internet ialah : 
  • Produk Digital
  • Produk Fizikal
  • Perkhidmatan dan banyak lagi
1. Produk digital
Produk digital ni lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara seperti koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website dan bermacam-macam lagi panduan.Tak semestinya produk informasi ini berkisar tentang tajuk buat duit saja. Panduan-panduan lain juga boleh di jual di internet.
Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk ebook (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah anda membuat pembelian. Tak perlu pos. Memang produk digital paling menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk, selebihnya anda hanya perlu buat marketing, marketing dan marketing.
Untuk menghasilkan produk digital ni anda kena la kreatif dan ada idea yang menarik, kena selalu buat brainstroming la. Kesimpulannya, produk digital ni, anda buat sekali untung berkali-kali.
2. Produk fizikal
Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Contohnya produk fizikal ni seperti jam, tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan, makanan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan produk fizikal ni sesuai untuk di jual di internet kerana ianya mudah untuk diposkan. Pilih produk yang saiznya yang munasabah yang tidak terlalu besar sangat nanti susah untuk proses penghantaran. Lebih kecil saiz lebih bagus.
Ada orang kata susah untuk jual barang fizikal ni sebab nak kena pegang, sentuh, rasa dan macam-macam lagi. Tetapi jika kita lihat ada juga orang yang membeli secara online, benda tersebut bergantung kepada individu mungkin. Banyak juga orang kita ni dah berjaya membina perniagaan mereka dengan barang fizikal ni ada yang secara sambilan dan ada juga yang buat sepenuh masa. Anda tak perlu jual kat pasaran luar pun, jual kat pasaran Malaysia pun dah cukup boleh buat duit, kalau boleh tembus pasaran luar negara lebih bagus.
3. Perkhidmatan
Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Apa sahaja perkhidmatan boleh di jual di internet. Perkhidmatan buat website, design theme, penulisan, bengkel atau seminar antara contoh yang boleh saya senaraikan di sini. Pilih bidang yang anda mahir dan buat servis tersebut.
Bisnes perkhidmatan ni sebenarnya bagus juga sebab kita hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan. Contohnya orang yang buat seminar, apa-apa seminar sekalipun, mereka hanya bercakap sahaja, modal air liur sahaja. Cakap pun boleh buat duit. Tetapi kena kuasai bidang tersebut dengan maksimum la, nanti kalau orang tanya banyak senang nak jawab.
Secara kesimpulannya perniagaan internet bukanlah sesuatu yang mudah, buat hari ni esok dapat untung. Anda kena banyak belajar dan sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu dan banyak memberi tumpuan serta memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji. Ada orang kata perniagaan internet ni hanya buat website lepas tu goyang kaki kemudian duit masuk. Jika terlalu mudah macam tu, dah banyak orang kat  Malaysia ni dah kaya raya dan berhenti kerja.
Tetapi kita kena akui hakikat bahawa untuk dapat RM 1 yang pertama atau jualan pertama melalui internet perlukan banyak masa dan pengorbanan bukan goyang kaki dapat duit. Belajarlah daripada usahawan-usahawan internet dan yang paling penting jangan berputus asa walaupun berapa kali anda gagal. Orang yang berjaya mencapai kejayaan tentu dia belajar daripada sesuatu samada daripada kegagalan diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain.
Apa lagi sebab-sebab untuk anda memulakan perniagaan di internet?

  • Anda tentukan masa kerja anda
  • Tiada pekerja untuk dibayar gaji
  • Tiada perlu bayar sewa
  • Perniagaan anda boleh dijalankan hampir 100% secara automatik
  • Boleh bina seberapa banyak perniagaan yang anda mahu
  • Margin keuntungan yang tinggi
dan banyak lagi. Tetapi sebab paling UTAMA mengapa anda digalakkan memulakan perniagaan internet adalah kerana pasarannya yang sangat besar!

No comments:

Post a Comment