Labels

Powered by Blogger.

Friday, 3 January 2014

RAHSIA AL-KAHFI (Kenali Ilmu Laduni dan Guru Mursyid)

MINDA JUMAAT - RAHSIA KAHFI 7 Dajjal telah sangat berjaya melaksanakan misi mengaburi agama apabila rata-rata umat sudah tenggelam punca. Begitulah yang telah berlaku apabila Adam a.s. yang diketuai oleh Syaitan di Syurga dahulunya sudah tidak lagi kenal nama-nama. Akhirnya KHULDI, buah syurga yang terlarang telah dimakan baginda. Semuanya disebabkan kekeliruan dari segi nama dan hakikat buah yang sebenarnya. Adam tersilap lalu dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia nyata untuk memahami semula segala yang sudah tidak dikenali selama ini. 

Langkah pertama di dunia untuk Adam ialah belajar dan diajarkan Allah tentang nama-nama. Proses pemberian dan penerimaan ilmu itu dipanggil TALAQQI (QS 2:37) Begitulah juga keadaan kita yang telah dihadiahkan Rasulullah saw dengan hazanah syurga berupa ilmu yang terang dan nyata sebelumnya, namun kini jahil semula. Banyak maklumat dan pedoman agama yang hanya kita mampu baca pada teks, namun kita jahil dari segi konteksnya. Pelbagai istilah yang bermain di bibir setiap hari sebenarnya tidak kita ketahui secara tepat dalam konteks kehidupan seharian. 

Hari ini ingin kami kongsikan dapatan kajiselidik kami tentang beberapa istilah yang terdapat dalam surah kahfi. MENGENALI FALSAFAH TALAQQI, LADUNI DAN MURSYID Sering kita dimomokkan dengan istilah pencarian ilmu yang dipanggil LADUNI. Kemudian kita disaran agar belajar dengan guru MURSYID. Malangnya ramai yang tidak mengetahui dengan jelas apakah konteks sebenar dari istilah-istilah itu. Ilmu LADUNI ialah ilmu yang dikatakan didapati melalui kaedah semula jadi. Ia didapati dalam bentuk pemerhatian yang panjang dan berulang-ulang oleh mereka yang merendah diri dan fokus terhadap tabiat alam dan manusia. Ia diperolehi secara praktikal atau pembacaan (iqra’/kajian) ayat kasar secara objektif dan konteks, bukan dalam bentuk penceritaan atau tulisan berhuruf (teks). ILMU juga boleh didapati dan diturunkan melalui proses TALAQQI (pemberian/penerimaan). Inilah juga kaedah pembelajaran orang dulu-dulu di mana para guru adalah insan yang banyak meneliti tabiat alam maya dan manusia. Itulah guru yang mampu menjelaskan kepada muridnya dengan jelas lalu ia dipanggil guru MURSYID, yang mampu menunjuk/menjelaskan dengan jelas. Inilah hakikat penjelasan tentang kefahaman segala persoalan ilmiah dalam kehidupan yang tidak boleh dicabar oleh orang yang hanya sekadar membaca teks sahaja tanpa meneliti konteks. 

Pepatah inggeris mengatakan “you read you know, when you do you remember”. Contoh adalah perbezaan yang sangat ketara apabila kita mendapat penjelasan dari orang yang membaca ‘TULISAN LEMBU’ dalam quran, berbanding dengan orang yang setiap hari ‘MENGGEMBALA LEMBU’ di lapangan. Kefahaman tentang lembu itu didapati melalui proses secara LADUNI oleh GURU MURSYID. MEMAHAMI HAKIKAT HAMBA, TABIAT DAN ASBAB Hari ini terlalu banyak bahan bacaan, terlalu ramai bijak pandai yang fasih berceramah dan berhujjah dengan lidah dan mata pena. Malangnya kebanyakan ilmuan bergerak sendiri tanpa rumusan secara berjemaah, bahkan tanpa keluar meneliti alam buat mengesahkan kebenaran maklumat dari teks yang dibaca dan dijadikan bahan ceramah. Akibatnya banyak percanggahan isi ceramah atau buku berbanding tabiat alam dalam konteks yang sebenar. Sementara itu tidak ramai ilmuan yang berbuat seperti guru mursyid zaman dahulu di mana mereka sendiri memperhambakan diri kepada alam dengan ikut meneliti serta mengalami asbab dan tabiat alam. Oleh itu, dalam keadaan umat sudah kembali jahil ini, kita tiada pilihan melainkan harus rajin kembali mencari bukti kebenaran melalui proses penelitian alam dan pembacaan ayat kasar.

 Bermula dari ayat 60 dalam surah al-Kahfi, ingin kami petik kisah pengalaman pembelajaran dari Nabi Musa a.s. dalam konteks LADUNI dan guru MURSYID. Pertamanya ingin kami ajak pembaca meneliti kisah bagaimana Musa a.s. berkelana, berjalan bersama pengikutnya sehingga bertemunya dua lautan, bagaimana baginda mengalami kehilangan ikan sewaktu berehat. Kemudian dikisahkan pula bagaimana baginda bertemu dan belajar dari hamba yang diriwayatkan bernama Hidhir. Itu tidak termasuk penerimaan ilmu melalui pengalaman bekerja dengan bapa mertuanya Syuaib a.s., bertalaqqi secara langsung dengan Allah, belajar dari kepetahan Harun a.s. dan sebagainya. Dalam ayat seterusnya dikisahkan pula bagaimana Zulkarnain berjalan meneliti ASBAB dalam membantu umat menangani ancaman Yakjuj dan Makjuj, meneliti matahari yang terbenam di lautan berlumpur hitam dan berjalan lagi sehingga bertemu tempat matahari terbit. Falsafah di sebalik misal ini akan kami kongsikan di siri lain insyaAllah. 

65. Lalu mereka bertemu dengan seorang HAMBA di antara HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya RAHMAT (ilmu) dari sisi Kami (LADUNI), dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami 66. Musa berkata kepadanya (Khidhr): "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar (RASHID) di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" 

67. Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup SABAR bersama aku.

78. Khidhr berkata: "INILAH PERPISAHAN antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu TIDAK DAPAT SABAR terhadapnya. 

84. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya ASBAB segala sesuatu, 

85. maka diapun menempuh suatu ASBAB/SEBAB (ayat yang berulang-ulang dalam kisah Zulkarnain). Dari ayat 

65 dan 66 sila perhatikan juga harfiahnya di gambar hiasan. Apa yang ingin kami kongsikan ialah kata kunci LADUNI, HAMBA, MURSYID, ASBAB, SABAR dan IKUTI / BERJALAN / TABIAT. KESIMPULAN Untuk mendapat ilmu dan kefahaman yang tepat, kita harus banyak merendah dan MEMPERHAMBAKAN DIRI kepada Allah melalui perlaksanaan. Kita harus banyak berjalan dan meniti asbab musabbab, agar dapat menghayati KONTEKS SEBENAR tentang tabiat alam dan manusia. Proses ini mampu menjelaskan dan mengesahkan kefahaman apa saja yang kita baca dari teks. Segala kekalutan hidup yang kita alami sekarang adalah hasil kerjabuat kita sendiri. SEMUANYA akibat kejahilan kita yang teterlaluan. Cara Allah menolong kita hanyalah dengan membuang kejahilan itu. Itulah ilmu, itulah hidayah yang kita pohon HANYA dari Allah sebagai penolong kita. 

Kita baca pengakuan itu 17 kali sehari dalam Fatihah semasa solat. Kerana itu juga Allah perintahkan kita agar sentiasa sabar dan khusyuk untuk mendapatkan hidayah itu. Namun itu amat sukar kita lakukan. “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'”- QS 2:45 Jelaslah untuk mendapatkan semua ilmu dan petunjuk yang bakal menolong kita dari kekalutan hidup ini kita harus SABAR. Tanpa kesabaran itu kita akan gagal dalam pencarian ilmu. Tanpa ilmu dan petunjuk yang tepat maka segala permasalahan hidup kita selama ini akan tidak tertolong dek kerana kejahilan kita yang berpanjangan. Inilah serba sedikit disiplin yang ingin kami kongsikan dalam pencarian ilmu yang telah sekian lama hilang dari pegangan umat Islam ketika ini.

 Semuga kita semua mampu menghayati dan sama-sama ikut mencuba, menghambakan diri dengan rendah hati untuk meneliti. Ambillah pelajaran dari proses pembelajaran yang dilalui oleh Nabi Musa a.s.. Haidir yang dikatakan Guru Mursyid itu adalah dari GOLONGAN HAMBA yang mendapat ilmu secara LADUNI, secara semulajadi langsung dari Allah, melalui perlaksanaan dan penelitian alam. Guru terbaik ini BERSIFAT HAMBA, tiada nama, pangkat dan harta namun amat fokus dan penuh siyyasah yang strategik, bukan seperti ciri guru-guru hebat yang selama ini kita sangka. Ilmu itu bersifat seperti air YANG PERLU DITADAH dan yang mengalir mengikut graviti. Ia tidak akan mengalir dari bawah ke atas. 

Oleh itu kita harus belajar merendah diri dalam menuntut ilmu. Sediakan bekas yang bersih dan kosong untuk menadah ilmu yang bersih. Selagi kita masih merasakan kita sudah berilmu, berpenyakit hati, keras kepala, suka membantah dan tidak sabar, maka segala rahmat ilmu dari Allah akan terhenti dant terputus. Kekallah kita menjadi golongan yang rugi dan sengsara dengan pelbagai salah laku yang membinasakan. Amal harian kita bakal dipenuhi dengan angan-angan kosong dan fatamorgana selamanya. Koncakan Minda pagi Jumaat WARGA PRIHATIN

Wednesday, 23 October 2013

BiSN3S ONl!nE

PERNIAGAAN INTERNET (BISNES ONLINE)

Apa itu perniagaan internet? Perniagaan Internet adalah satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai platform utama anda. Pada era kini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama dan sampingan. Memandangkan internet adalah satu platform yang cepat, mudah digunakan, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini menjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat murah, mudah dan menarik.
Internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini memjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan traditional.
Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat dan  merupakan satu ciri yang unik. Contoh-contoh produk yang boleh anda pasarkan dan jual melalui internet ialah : 
  • Produk Digital
  • Produk Fizikal
  • Perkhidmatan dan banyak lagi
1. Produk digital
Produk digital ni lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara seperti koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website dan bermacam-macam lagi panduan.Tak semestinya produk informasi ini berkisar tentang tajuk buat duit saja. Panduan-panduan lain juga boleh di jual di internet.
Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk ebook (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah anda membuat pembelian. Tak perlu pos. Memang produk digital paling menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk, selebihnya anda hanya perlu buat marketing, marketing dan marketing.
Untuk menghasilkan produk digital ni anda kena la kreatif dan ada idea yang menarik, kena selalu buat brainstroming la. Kesimpulannya, produk digital ni, anda buat sekali untung berkali-kali.
2. Produk fizikal
Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Contohnya produk fizikal ni seperti jam, tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan, makanan dan bermacam-macam lagi. Kebanyakkan produk fizikal ni sesuai untuk di jual di internet kerana ianya mudah untuk diposkan. Pilih produk yang saiznya yang munasabah yang tidak terlalu besar sangat nanti susah untuk proses penghantaran. Lebih kecil saiz lebih bagus.
Ada orang kata susah untuk jual barang fizikal ni sebab nak kena pegang, sentuh, rasa dan macam-macam lagi. Tetapi jika kita lihat ada juga orang yang membeli secara online, benda tersebut bergantung kepada individu mungkin. Banyak juga orang kita ni dah berjaya membina perniagaan mereka dengan barang fizikal ni ada yang secara sambilan dan ada juga yang buat sepenuh masa. Anda tak perlu jual kat pasaran luar pun, jual kat pasaran Malaysia pun dah cukup boleh buat duit, kalau boleh tembus pasaran luar negara lebih bagus.
3. Perkhidmatan
Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Apa sahaja perkhidmatan boleh di jual di internet. Perkhidmatan buat website, design theme, penulisan, bengkel atau seminar antara contoh yang boleh saya senaraikan di sini. Pilih bidang yang anda mahir dan buat servis tersebut.
Bisnes perkhidmatan ni sebenarnya bagus juga sebab kita hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan. Contohnya orang yang buat seminar, apa-apa seminar sekalipun, mereka hanya bercakap sahaja, modal air liur sahaja. Cakap pun boleh buat duit. Tetapi kena kuasai bidang tersebut dengan maksimum la, nanti kalau orang tanya banyak senang nak jawab.
Secara kesimpulannya perniagaan internet bukanlah sesuatu yang mudah, buat hari ni esok dapat untung. Anda kena banyak belajar dan sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu dan banyak memberi tumpuan serta memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji. Ada orang kata perniagaan internet ni hanya buat website lepas tu goyang kaki kemudian duit masuk. Jika terlalu mudah macam tu, dah banyak orang kat  Malaysia ni dah kaya raya dan berhenti kerja.
Tetapi kita kena akui hakikat bahawa untuk dapat RM 1 yang pertama atau jualan pertama melalui internet perlukan banyak masa dan pengorbanan bukan goyang kaki dapat duit. Belajarlah daripada usahawan-usahawan internet dan yang paling penting jangan berputus asa walaupun berapa kali anda gagal. Orang yang berjaya mencapai kejayaan tentu dia belajar daripada sesuatu samada daripada kegagalan diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain.
Apa lagi sebab-sebab untuk anda memulakan perniagaan di internet?

  • Anda tentukan masa kerja anda
  • Tiada pekerja untuk dibayar gaji
  • Tiada perlu bayar sewa
  • Perniagaan anda boleh dijalankan hampir 100% secara automatik
  • Boleh bina seberapa banyak perniagaan yang anda mahu
  • Margin keuntungan yang tinggi
dan banyak lagi. Tetapi sebab paling UTAMA mengapa anda digalakkan memulakan perniagaan internet adalah kerana pasarannya yang sangat besar!

Tuesday, 22 October 2013


ZOHO.COM



Disini S4y0R ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan tentang ZOHO.COM. pasti ramai lagi pembaca yang belum pernah dengar nama laman web ni atau mungkin tau tapi tidak mengetahui dengan lebih jelas fungsi sebenar Webtop ini... SILA Kan Membaca Harap Membantu ANda.. :)




1.0 Pendahuluan

Zoho adalah penyedia aplikasi secara online. Dalam zoho terdapat pelbagai aplikasi yang boleh kita manfaatkan secara online. Dari sosial network, blog, pembuatan dokumen, presentation dan lain-lain. Dalam kajian ini, aplikasi internet zoho akan dikupas dengan lebih terperinci. Tambahan pula, aplikasi ini juga secara tidak langsung mampu memberikan banyak kebaikan dalam organisasi. Tambahan pula, melalui aplikasi zoho internet ini dapat memberikan faedah kepada setiap pengguna aplikasi.

Aplikasi zoho ini telah dilancarkan pada tahun 2005 dan terdapat tiga contoh aplikasi besar yang disediakan iaitu Collaboration Applications, Bussines Application, dan Productivity Application. Setiap aplikasi besar ini terdapat pula banyak lagi aplikasi kecil yang lain seperti Zoho Assist, Zoho Books, Zoho CRM (Customer Relationship Managers), Zoho LiveDesk dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi ini telah dibangunkan oleh Zoho Corporation yang sebelum ini dikenali sebagai AdventNet Inc, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Aplikasi zoho ini mempunyai langkah-langkah yang tertentu untuk digunakan. Setiap pengguna sewajarnya mengkaji dengan lebih mendalam aplikasi yang digunakan. Tambahan pula, dasawarsa ini semua sistem internet semakin rancak digunakan dalam kalangan masyarakat.

2.0 Fungsi Aplikasi-aplikasi di Zoho.Com   

2.1 Business Applications

Di bawah business applications ini terdapat tujuh belas aplikasi yang dicipta khas untuk kegunaan di dalam sesebuah perniagaan, dan setiap aplikasi ini amat memudahkan para usahawan dalam menguruskan perniagaan mereka. Antara aplikasi-aplikasinya ialah Zoho Assist, Zoho Books, BugTracker, Zoho Campaign, Zoho Creator, Zoho CRM, Zoho Invoice, Zoho LiveDesk, Marketplace, People, Recruit, Report, Site 24x7, Sites, Zoho Support, Zoho Survey dan Vault. Tetapi disini hanya akan menerangkan sepuluh aplikasi penting dan yang sering digunakan didalam webtop ini.

Zoho Assist digunakan untuk mesyuarat secara online, di mana ia menjadi tempat untuk menyambungkan rangkaian sesame mereka secara online dan menyimpan setiap detail sambungan mereka seperti nama, email dan session ID. Ini akan memudahkan mereka seandainya mereka ingin membuat mesyuarat yang seterusnya dengan hanya memasukkan session ID mereka untuk memulakan mesyuarat. Zoho Books pula menyediakan perkhidmatan untuk perakaunan secara lebih sistematik dimana setiap jualan atau belian secara online akan tercatat secara automatik di dalam Zoho Books ini. Pengguna boleh melihat keluar dan masuk duit mereka melalui aplikasi ini. Bukan itu sahaja aplikasi ini juga akan menyediakan satu buku akaun khas untuk memudahkan pengguna Zoho. BugTracker digunakan khas untuk merekod projek yang akan dijalankan mahupun telah dijalankan. Di dalam bugtracker ini penggunakan akan menyimpan info berkenaan projek tersebut dengan terperinci mengikut bahagian yang telah disediakan. Antara bahagian tersebut seperti nama projek, tarikh mula dan akhir projek, nama syarikat yang terlibat dan lain-lain lagi. Melalui BugTraker ini pengguna boleh melihat semula projek-projek ini sama ada untuk melihat perkembangan projek atau sebagai tempat penyimpanan rekod projek mereka.

Zoho CRM digunakan untuk merapatkan hubungan pemilik akaun zoho ini dengan pelanggan mereka, didalam aplikasi ini pengguna boleh menyimpan secara terperinci pelanggan, pembekal, dan sebagainya. Zoho CRM ini dibahgikan kepada empat bahagian iaitu Leads (info pelanggan), Contacts (info panggilan), Accounts (info akaun) dan Activities (info aktiviti pengguna). Zoho Invoice digunakan khas untuk menghantar invois, menerima pembayaran online, dan melihat semua jenis invois yang terlibat dalam bentuk lebih yang lengkap dan tersusun dari segi nama invois, nama pelanggan, tarikh, dan jumlah.

Zoho Live Desk digunakan sebagai satu aplikasi chat sesama kakitangan, pengurus, dan lain-lain lagi di dalam satu syarikat yang sama. Di mana syarikat tersebut perlulah mempunyai akaun Zoho begitu juga kakitangan mereka yang lain. Zoho Marketplace merupakan satu aplikasi penyelesaian masalah bagi usahawan, di dalam aplikasi ini pengguna boleh mengemukakan soalan dan soalan tersebut akan dijawab oleh orang professional dalam bidang perniagaan. Selain pengguna boleh menambah ilmu berkenaan perniagaan disini. Zoho Recruit pula merupakan suatu aplikasi yang memudahkan syarikat untuk merekod pekerja mereka secara online, selain menjadi satu tempat untuk mencari pekerja baru, di mana bakal pekerja akan mengisi borang tawaran bekerja dan info mereka akan dimasukkan di dalam aplikasi syarikat tersebut. Zoho Sites dibangunkan khusus untuk membuat website, dengan menggunakan aplikasi ini mencipta website menjadi suatu yang mudah. Zoho Vault merupakan satu aplikasi untuk menyimpan data-data penting terutamanya ialah kata laluan (password). Dengan aplikasi ini pengguna tidak perlu risau kehilangan password mereka dan mampu untuk masuk ke dalam web tersebut tanpa perlu memasukkan kata laluan mereka lagi. Untuk memastikan aplikasi ini selamat daripada penggodam pengguna memerlukan kata laluan yang selamat dengan bantuan aplikasi ini.

2.2 Collaboration Applications

Terdapat lapan jenis aplikasi dibawah collaboration applications iaitu Chat, Docs, Discussion, Mail, Meeting, Projects, Pulse, dan Wiki. Chat digunakan untuk rangkaian sosial chat yang bersambung dengan rangkaian sosial lain seperti google, yahoo, facebook, myspace dan lain-lain. Manakala, docs merupakan satu aplikasi yang memiliki ciri-ciri yang sama seperti Microsoft word tetapi berbentuk secara online. Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik atau memuat turun sesuatu bahan seperti gambar, fail, mahu pun video dan menyimpannya di dalam aplikasi ini. Aplikasi seterusnya disscussion merupakan satu aplikasi di mana pengguna boleh membuat perbincangan sesama kakitangan, pengurus dan pelanggan secara lebih formal berbanding aplikasi Chat, khususnya berkenaan suatu yang melibatkan tugas mereka. Selain daripada itu, mails  pula fungsinya adalah sama seperti mail yang lain seperti google mail dan yahoo mail, tapi aplikasi mail di sini bersambung atau berkait dengan link di dalam aplikasi yang ada di WebTop Zoho ini. Application Meeting ini digunakan khusus untuk mencatat info-info penting berkenaan mesyuarat yang akan dibuat seperti tajuk mesyuarat, masa dan tempat mesyuarat akan dibuat, dan sebagainya. Seandainya pengguna ingin membuat mesyuarat secara online, aplikasi ini akan bersambung terus dengan aplikasi Zoho Assist. Application Project digunakan untuk mencatat segala jenis projek yang akan dijalankan sama seperti aplikasi Bug Tracker, namun di dalam aplikasi ini, pengguna dibenarkan untuk membuat perbincangan melalui chat berkenaan projek tersebut. Aplikasi pulse pula merupakan rangkaian sosial sama seperti facebook dan myspace. Namun begitu,  aplikasi ini hanyalah khas untuk pengguna Webtop ini sahaja.

2.3 Productivity Applications

Di bawah productivity application terdapat lima aplikasi lain iaitu calender, notebook, application sheet dan show. Aplikasi calender boleh digunakan untuk membuat nota untuk tujuan ingatan seperti mencatat tarikh-tarikh penting. Manakala, notebook  pula digunakan sama seperti buku nota tetapi berbentuk aplikasi online. Seterusnya aplikasi yang tidak kurang hebat dalam zoho ialah Application Sheet dan Show. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang membenarkan pengguna terus memasuki aplikasi Docs.

3.0 Langkah Menggunakan Aplikasi

            3.1 Daftar Akaun Zoho

Langkah pertama, anda perlu masuk laman rasmi Zoho di laman www.zoho.com dan klik sign in. Apabila anda sign up, anda perlu mengisi maklumat akaun (account information) seperti alamat email, username, dan password. Langkah kedua, selepas mendaftar akaun Zoho, pengesahan akaun akan dihantar melalui e-mel anda. Oleh itu, anda perlu mengaktifkan akaun anda dengan klik link yang diberi seterusnya mengesahkan password anda. Langkah tiga, setelah selesai pengesahan akaun dan password, anda perlu daftar masuk (sign in) di laman https://accounts.zoho.com/ dengan menggunakan ‘username’ dan ‘password’ yang telah didaftarkan. Langkah keempat klik pada ‘profile’ dan anda perlu mengedit profil anda. Jika anda ingin menggunakan aplikasi zoho yang lain, anda perlu ke ‘home’ seterusnya pilih aplikasi yang anda inginkan di perkhidmatan zoho.

            3.2 Zoho Calender

Langkah pertama, anda perlu masuk laman  www.zoho.com / calendar dan log in akaun Zoho. Setelah anda log in, klik ‘calendar’ untuk memasuki aplikasi tersebut. Setelah log in, akaun Zoho anda akan memaparkan Zoho Calendar. Langkah kedua, untuk membuat jadual atau menambah jadual agenda, double klik pada kotak yang ingin diisi   dengan melihat jam, hari dan tarikh. Masukkan tajuk agenda yang ingin dilakukan seterusnya klik ‘create’. Tajuk agenda anda akan dipaparkan pada Zoho Kalendar anda. Langkah ketiga, klik pada ‘agenda’ untuk mengetahui jadual atau event terdekat yang akan dijalankan.

3.3 Zoho Dokumen

Langkah pertama  sign in akaun Zoho dokumen di laman https://www.zoho.com/docs/. Langkah kedua, klik dan pilih elemen di ‘favorite’ yang ingin di upload contohnya presentation, picture, music, video dan dokumen. Langkah  ketiga, apabila anda klik pada salah satu elemen ‘favorite’, anda perlu klik ‘upload’ untuk mengambil dokumen anda di dalam komputer. Langkah keempat, setelah selesai dokumen anda di upload, anda perlu klik pada file tersebut dan klik ‘share’. Seterusnya, anda perlu menulis alamat email yang akan di share dan klik ‘share’.

3.4 Zoho Meeting

Langkah pertama, layari  laman web www.zoho.com / meeting seterusnya pilih Sign In untuk log in ke Zoho Meeting apabila telah mempunyai akan Zoho. Setelah log in, pilih ‘create meeting’ untuk membuat jadual meeting baru. Langkah kedua, isi keterangan topik meeting, agenda yang akan dibincangkan, alamat email tujuan dan waktu meeting akan berlangsung. Selepas semua maklumat diisi, klik ‘create’. Langkah ketiga, apabila anda ‘create’ jadual meeting, kita boleh menambah email peserta meeting yang lain dengan klik ‘invite more’.  Selepas memulakan meeting klik ‘start’. Seterusnya agenda meeting akan dijalankan secara automatik.

3.5 Zoho writer

Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan klik pada writer. Setelah aplikasi Zoho Docs dipaparkan, pengguna perlu klik pada ‘create’ dan pilih dokumen seterusnya ia memaparkan Zoho Writer. Langkah kedua, pengguna boleh membuat penulisan dengan Aplikasi Zoho Writer di mana aplikasi ini sama seperti Microsoft word. Pengguna juga boleh mengakses, menyunting dan membuat dokumen melalui email sahaja. Pengguna juga boleh mengimport file daripada komputer dengan cara klik file dan pilih import file. Pilih file yang pengguna ingin masukkan dalam Zoho Writer dan seterusnya klik import. Secara automatik, file yang diimport berada dalam dokumen Zoho Writer. Langkah  ketiga, setelah selesai penulisan anda perlu rename dokumen anda dengan klik pada untitled documents. Jika anda ingin eksport penulisan, pengguna perlu klik pada file dan pilik ‘export as’. Pengguna boleh mengeksport dokumen kepada Word, Rich Text Format (RTF), OpenDocument Text Document(ODT), JPG, PNG, HTML, ataupun TXT. Langkah keempat, pengguna boleh memberi hak akses kepada pengguna lain dengan share dokumen tersebut dengan cara klik pada share dan masukkan email pengguna lain.
  
3.6 Zoho Chat

Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan pilih perkhidmatan chat Zoho. Bagi memulakan aplikasi Zoho Chat, pengguna perlu ‘add’ pengguna lain untuk berkomunikasi dengan cara klik pada gambar ‘add IM contact’ dan masukkan email Id pengguna lain. Langkah kedua, untuk memuakan perbualan, pengguna perlu klik ‘chat’ pada gambar pengguna lain. Dengan menggunakan Zoho Chat, pengguna juga boleh melakukan group berbual di mana ia dapat digunakan sebagai tempat perbincangan dengan rakan sekerja yang bersifat berkumpulan. Langkah ketiga, pengguna juga dapat menggunakan pelbagai pilihan Chat selain daripada akaun Zoho seperti Facebook, Gtalk dan Yohoo Messenger dengan menggunakan Zoho Chat. Caranya ialah dengan klik pada button pilihan Chat yang telah disediakan dan pengguna perlu Sign In akaun tersebut untuk membuat perbincangan. Oleh itu, kita dapat membuat perbualan dengan orang-orang yang tidak mempunyai akaun Zoho Chat.

3.7 Zoho show

Langkah pertama, sign in akaun Zoho di laman https://accounts.zoho.com/ dengan menggunakan alamat email dan password. Klik pada Zoho Service dan klik show. Apabila akaun Zoho memaparkan Zoho Docs, pengguna perlu klik pada ‘create’ dan pilih presentation. Langkah kedua, Zoho Presentation akan memaparkan ‘create New Presentation’ seterusnya namakan tajuk presentation. Kemudian, pilih jenis-jenis skrin atau background presentation dan klik ‘ok’. Setelah itu, pengguna boleh mengisi maklumat dan mengedit slide show di mana Zoho Show mempunyai banyak ciri-ciri yang menyokong persembahan seperti animasi, muzik, suara, pembuatan slide master dan sebagainya. Langkah ketiga, pengguna juga boleh berkongsi hasil presentation dengan klik ‘share’ dan masukkan email pengguna lain secara automatik, pengguna lain dapat mengakses presentation tersebut.

4.0  Cara Membantu Organisasi dengan Menggunakan Aplikasi
Organisasi adalah sekelompok orang  iaitu dua  atau lebih yang secara formal dipersatukan dalam satu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Alatan internet  Zoho mempunyai banyak fungsi yang secara tidak langsung  dapat membantu organisasi. Dalam penggunaan  internet zoho ini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh diaplikasikan.

4.1  Membantu dalam network marketing

Zoho pulse merupakan satu aplikasi yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan laman sosial facebook. Maka zoho pulse ini boleh digunakan untuk membuka  kumpulan, chat, post tulisan, gambar, profil diri dan sebagainya. Dalam sesebuah organisasi dengan menggunakan aplikasi zoho pulse ini secara tidak langsung butiran peribadi pekerja dapat diakses dengan mudah oleh  majikan atau pihak pengurusan organisasi, misalnya majikan boleh melihat butiran seperti tempat kediaman, status, jawatan dan sebagainya. Di samping itu juga dengan menggunakan aplikasi ini juga secara tidak langsung  para pekerja dapat bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan sistem organisasi terutama sekali berkaitan dengan tugasan seharian mereka.

4.2 Membantu dalam urusan sumber manusia

Aplikasi seterusnya yang terkenal dalam bidang internet zoho ialah Zoho CRM. Zoho CRM mempunyai fungsi membuat account dan menyimpan contact orang lain bagi account sendiri. Aplikasi ini secara tidak langsung dapat membantu dalam pengurusan organisasi, misalnya dengan Zoho CRM setiap pekerja dapat mengetahui butiran pekerja lain, misalnya email, no telefon dan sebagainya. Butiran ini secara tidak langsung boleh membantu organisasi seandainya berlaku perkara yang tidak diingini. Contohnya, jika berlaku kemalangan di tempat kerja, maka pihak majikan akan lebih mudah untuk menghubungi keluarga pekerja yang berdekatan. Email yang tertera dalam aplikasi Zoho CRM boleh digunakan untuk urusan pentadbiran, misalnya dalam pesanan untuk bekalan stok yang diperlukan dan sebagainya.

4.3) Memudahkan urusan mesyuarat

Aplikasi zoho meeting  secara tidak langsung dapat membantu organisasi dalam mengelola sesuatu mesyuarat yang telah dirancang oleh semua kakitangan dalam sesebuah organisasi. Mesyuarat tersebut dapat diketahui dan diakses dengan mudah oleh semua para kakitangan organisasi . Melalui penggunaan aplikasi ini, para kakitangan secara tidak langsung dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan dengan perjalanan mesyuarat yang telah dirancang, misalnya mereka dapat mengetahui tentang agenda mesyuarat, masa mesyuarat, tempat mesyuarat akan dijalankan serta pengelola mesyuarat tersebut. Hal ini secara automatik dapat membantu organisasi supaya lebih efisien. Semua kakitangan juga secara tidak langsung dapat mengutarakan pandangan mereka dan segala masalah yang berbangkit dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan kerana agenda mesyuarat dapat diketahui dengan lebih awal dengan menggunakan  aplikasi zoho meeting.

4.4) Membantu perjalanan perniagaan

Zoho business merupakan salah satu aplikasi zoho yang terkenal. Zoho business boleh digunakan dalam sesebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan. Aplikasi ini dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan berjalan dengan lebih sistematik. Zoho business ini dapat membantu organisasi perniagaan mengemas kini produk-produk terbaru perniagaan dan projek-projek terbaru. Para pelanggan juga dapat membuat tempahan dengan menggunakan aplikasi zoho business. Tambahan pula, dengan cara ini organisasi perniagaan dapat merancakkan lagi promosi perniagaan.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, dalam dunia era dan globalisasi ini aplikasi zoho mampu melancarkan sistem pengurusan sesebuah organisasi. Sistem pengurusan sesebuah organisasi juga akan menjadi lebih sistematik.

            Data-data juga akan dapat disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, melalui aplikasi internet zoho ini secara tidak akan memudahkan urusan dengan pihak luar terutama urusan penting. Keberkesanan aplikasi zoho ini dapat diuji dengan menggunakan aplikasi ini secara berterusan. Tambahan pula, dunia kini merupakan dunia teknologi maklumat yang mana banyak perkara yang dapat dicapai dengan alam maya sahaja.

            Selain itu, aplikasi ini juga merupakan salah satu aplikasi yang mampu berkembang sejajar dengan aplikasi internet yang lain. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat memainkan peranan yang penting dalam membangunkan perisian ini secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun perlu lah merencanakan aplikasi yang lebih bervariasi dan mempunyai pelbagai fungsi yang menarik supaya dapat membuka paradigma negara luar bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

            Aplikasi zoho ini juga sememangnya mempunyai banyak faedah yang tersendiri. Manfaatnya perlulah diteroka oleh setiap individu supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Lantaran daripada itu mampu menjadikan individu lebih maju dan proaktif dalam bidang teknologi maklumat. Tambahan pula, dapat melahirkan insan berminda kelas pertama.


USAHA GIGIH BERSAMA RAKAN PERSEJUANGAN DI UPSI:

1.  MOHAMAD HANAFI BIN HUSIN
2.  NOR INTAN LIANA BINTI TAHAR
3.  WAN AMEERA FARHAH BINTI WAN AZAHARI















Wednesday, 16 October 2013

BAGAIMANA MELAJUKAN INTERNET ANDA

INTERNET 20X LAJU

Assalamualaikum,
hari ni S4y0R nk berkongsi bagaimana nk memepercepatkan kelajuan internet anda...
mesti ramai kan yang mengeloh sbb internet terlalu lembab...hahaha
2 la yang terjadi pada S4y0R sendiri..

cari punye cari ade la terjumpe satu video ni..
dan S4y0R pon cube..dan sememang nye berkesan untuk melajukan internet kite,
mcm laptop S4y0R ni da kne pukau plk blh laju mcm ni...

jadi mari anda cube adakah ianya betol2 berkesan...


1. klik "Start"

2. Type "run" dekat dlm kotak "search programs and files" dan klik Button "Enter"

3. Type "GPEdit.msc"

4. Lihat pilihan pada sidebar kiri di tetingkap "Local Group Policy". 
Pilih "Computer Configuration" > "Administrative Templates" > "Network" dan Double Klik "QoS Packet Scheduler".

5. Lihat Di sebelah Kanan Double Klik pada "limit reservable bandwidth
6. klik pada "Enabled" dan tukar "Bandwidth Limit (%)" drp "20" kpd "0"


7. Klik "Apply" dan klik "Ok"..SIAP

Jika anda ingin melihat adakah trik ini berkesan, anda boleh cuba test dulu kelajuan Download dan Upload anda DISINI , sebelum dan selepas menggunakan trik ini.

SELAMAT MENCUBA DRP 
S4y0RS3g4R.Blogspot.com

Friday, 11 October 2013

INTERNET DOWNLOAD MANAGER 6.17


IDM 6.17


Kini sekarang S4y0R akan memberikan update terbaru untk IDM. Perlu anda tau, Internet Download Manager adalah software download manager dan accelerator yang terbukti mempercepat kelajuan download 5 kali lebih cepat berbanding menggunakan download file dari internet yang biasa. Tak perlu diragukan lagi, setiap orang harus memiliki IDM Full Version ini.
Sekarang Internet Download Manager 6.18 Build 2 telah ada dengan versi terbarunya. Di sini IDM telah memperbaiki masalah dengan berbagai bug saat anda mendownload, telah memeperbaiki beberapa bug dan eror. S4y0R sarankan anda untuk mengupdate Patch IDM ke  IDM 6.17 Build 11 untuk mempercepat proses download anda.
kepada sesiapa yang ingin Mendownload Full version boleh lah ke Sini Selamat mendownload.



What’s new in version 6.17 Build 11 (Released: Sep 18, 2013)
  • Added support for Firefox 26 and SeaMonkey 2.21
  • Resolved problems with downloading videos from several sites
  • Fixed errors during file assembling, missing file errors, problems with non-playing videos, or videos without a sound when taking over downloading of videos in Google Chrome
  • Fixed other bugs                                    
                                           Terima Kaseh Kepada Remo-Xp..

RESIZE SEMULA LAYOUT DI BLOGGER

Step by Step Instruction to Resize or Expand Blogger Layouts

Assalamualaikum,
Tgh Sebok2 Pasang Templat at Blog tibe2 saiz layout sume berubah...adoyai dah satu hal kne setup smule beberapa benda, saneb baik lah S4y0R ade jumpe 1 blog ni dy ade aja mcm mne nk buat saiz layout ikot kemahuan kite sendiri..haa kan senang mcm 2..jadi supaya S4y0R sendiri x lupe mcm mne nk buat, S4y0R msok kan lah artikle ni bukan untuk S4y0R sje tapi buat Pembaca semua...


Okay, S4y0r menganggap bahawa , sekarang, anda faham dengan jelas masalahnye.jadi mari kite blaja bersama... :)



the explanation of blog layout from outer wrapper, header-wrapper, main-wrapper, sidebar-wrapper, footer-wrappper
The Explanation of Blogger Layouts
Outer-wrapper is the whole body element that holds the header, post content, sidebar, and also the footer.
  • Main-wrapper is the post content element where all of your articles are published in this part.
  • Sidebar-wrapper is the sidebar element of your blogger layouts, where all the widgets of your blog are put in this place.
  • Footer-wrapper is the last part from the blogger layouts, the bottom element of your blog, where you can usually see the credit section regarding the designer of the template.
So let’s proceed to the tutorial. In this post, i want to explore more about resizing the blogger layouts.

1. Login to Blogger
Go to Blogger.com and sign in to your account.

2. Go to Layout
In the Dashboard, Go to Layout/Design > Page Element.

3. Go to Edit HTML
In the Layout/Design tab, press the sub-tab Edit HTML. Anyway, before implementing all the steps in this article, i strongly insist you to create a back up template if later, you want to revert back the template to normal again.

save blogs templates

4. Find the code that defines the outer wrapper and header wrapper
Press CTRL + F and find the outer-wrapper in your template
/* Outer-Wrapper
----------------------------------------------- */
#outer-wrapper {
width: 660px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}

For example, I want to expand the size of my blogger layouts from 660px to 1000px, and currently, the size of outer wrapper is 660px. So the first thing to do is to expand the size of outer wrapper from 660px to 1000px. To do this, now, replace the value 660px of the outer wrapper with 1000px.
/* Outer-Wrapper
----------------------------------------------- */
#outer-wrapper {
width: 1000px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:$startSide;
font: $bodyfont;
}

5. Save the change
To see what exactly happens if we replace the value from 660px to the 1000px, now save the change by pressing the save templates button

6. Go to Page Element
To see the result on the recent change you've just made to the outer-wrapper, now go to Page Element tab.

Resize or Expand Blogger Layouts
As you can see in the picture above:
  • At the picture number 1, you can see the difference between the outer-wrapper that had a width size 660px.
  • And in the second picture (number 2) the width size of outer wrapper has been successfully expanded into the new width size, 1000px.
7. Adjust the width size of post content and sidebar element
Okay, now the whole body layout of your blog template has been successfully expanded from660px to the 1000px width size. The next thing and important to do is we have to adjust the width size of the header element which currently hasn't been expanded yet. But, why exactly we have to make an adjustment of the header element to follow the width size of outer wrapper? Okay, the answer is as follow.

Resize or Expand Blogger Layouts
As you can see on the picture above, you will notice that, the width size of header element hasn't been expanded yet, so the header looks very small compared to the body layout (outer-wrapper). And in the preview, if we want to see how our blog looks like, we will get a very small header on center position. Take a look at the picture below!

header element hasn't been expanded

8. Find the code that defines the header element 
The next step is, we have to find where is the CSS that defines the header element of our blogger layouts. Now press Ctrl + F and find the CSS below :
/* Header 
-----------------------------------------------*/

#header-wrapper {

width:660px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

So, in order to expand the size of the header element, we have to adjust the value from 660pxinto the new adjustment size of the new body layout. Now change the value 660px to the 1000px.
/* Header
-----------------------------------------------*/

#header-wrapper {

width:1000px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

9. Save the change
Now press the Save Templates button and go to the Page Element once again.

Resize or Expand Blogger Layouts

10. Adjust the width size of post content element (main wrapper)
Now, we are close in finishing this article. After making an adjustment of your body layout along with the header element, the last part that we need to do is, we have to make an adjustment of the main wrapper or the element that holds all of your articles/post.

11. Find the code that defines the post content element
Press Ctrl + F and find this CSS :
#main-wrapper {
width: 410px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

#sidebar-wrapper {

width: 220px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */

12. Change the values of main-wrapper and sidebar-wrapper
Now, before we go further in changing the values of main-wrapper and sidebar-wrapper, you all must know that, in expanding the size of main-wrapper and sidebar-wrapper, we cannot put any random number to this elements. Okay, let me explain it to you more thoroughly.

Main-wrapper is placed on the same position with the sidebar-wrapper (horizontally), so if we expand the width size of main wrapper with a random/oversize number (for example : 700px), it will drag down the sidebar element to the bottom position of the template. Take a look at the picture below!

the main-wrapper is oversize the sidebar element

So if we don't want that problem happens to us, this is what we are gonna do. Now change the value of main-wrapper from 410px to the 600px and then change the value of sidebar-wrapper from 220px to the 300px.
#main-wrapper {
width: 600px;
float: $startSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

#sidebar-wrapper {

width: 320px;
float: $endSide;
word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */

As the final result, now you have perfectly expanded the template layout of your blog.

Resize or Expand Blogger Layouts
Blog Posts element and Sidebar element fit perfectly on the layout
Okay, enough with this expanding blogger layouts tutorial. I think i need to rest my arms guys because i am so exhausted typing these 1300 words article. So see you at my next posts. Oh yeah, i almost forget to tell you something. Anyway, if you have some question regarding this topic, you can just shout out on my comment box below and let me hear your voice, and we can talk about it further.

I'm Out...

Diambil Daripada http://www.whatmakesblog.com