ZOHO.COM
Disini S4y0R ingin berkongsi sedikit ilmu berkenaan tentang ZOHO.COM. pasti ramai lagi pembaca yang belum pernah dengar nama laman web ni atau mungkin tau tapi tidak mengetahui dengan lebih jelas fungsi sebenar Webtop ini... SILA Kan Membaca Harap Membantu ANda.. :)
1.0 Pendahuluan
Zoho adalah penyedia aplikasi secara online. Dalam
zoho terdapat pelbagai aplikasi yang boleh kita manfaatkan secara online. Dari
sosial network, blog, pembuatan dokumen, presentation dan lain-lain. Dalam
kajian ini, aplikasi internet zoho akan dikupas dengan lebih terperinci.
Tambahan pula, aplikasi ini juga secara tidak langsung mampu memberikan banyak
kebaikan dalam organisasi. Tambahan pula, melalui aplikasi zoho internet ini
dapat memberikan faedah kepada setiap pengguna aplikasi.
Aplikasi zoho ini telah dilancarkan pada tahun 2005
dan terdapat tiga contoh aplikasi besar yang disediakan iaitu Collaboration Applications, Bussines Application, dan Productivity Application. Setiap
aplikasi besar ini terdapat pula banyak lagi aplikasi kecil yang lain seperti Zoho Assist, Zoho Books, Zoho CRM (Customer
Relationship Managers), Zoho LiveDesk dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi ini telah dibangunkan oleh Zoho Corporation
yang sebelum ini dikenali sebagai AdventNet Inc, sebuah syarikat yang berpangkalan
di Amerika Syarikat.
Aplikasi zoho ini mempunyai langkah-langkah yang
tertentu untuk digunakan. Setiap pengguna sewajarnya mengkaji dengan lebih
mendalam aplikasi yang digunakan. Tambahan pula, dasawarsa ini semua sistem
internet semakin rancak digunakan dalam kalangan masyarakat.
2.0 Fungsi Aplikasi-aplikasi
di Zoho.Com
2.1 Business Applications
Di bawah business applications ini terdapat tujuh
belas aplikasi yang dicipta khas untuk kegunaan di dalam sesebuah perniagaan,
dan setiap aplikasi ini amat memudahkan para usahawan dalam menguruskan
perniagaan mereka. Antara aplikasi-aplikasinya ialah Zoho Assist, Zoho Books, BugTracker, Zoho Campaign, Zoho Creator, Zoho
CRM, Zoho Invoice, Zoho LiveDesk, Marketplace, People, Recruit, Report, Site
24x7, Sites, Zoho Support, Zoho Survey dan Vault. Tetapi disini hanya akan menerangkan sepuluh aplikasi
penting dan yang sering digunakan didalam webtop ini.
Zoho
Assist digunakan
untuk mesyuarat secara online, di mana ia menjadi tempat untuk menyambungkan
rangkaian sesame mereka secara online dan menyimpan setiap detail sambungan
mereka seperti nama, email dan session ID. Ini akan memudahkan mereka
seandainya mereka ingin membuat mesyuarat yang seterusnya dengan hanya memasukkan
session ID mereka untuk memulakan mesyuarat. Zoho Books pula menyediakan perkhidmatan untuk perakaunan secara
lebih sistematik dimana setiap jualan atau belian secara online akan tercatat
secara automatik di dalam Zoho Books ini. Pengguna boleh melihat keluar dan
masuk duit mereka melalui aplikasi ini. Bukan itu sahaja aplikasi ini juga akan
menyediakan satu buku akaun khas untuk memudahkan pengguna Zoho. BugTracker digunakan
khas untuk merekod projek yang akan dijalankan mahupun telah dijalankan. Di dalam
bugtracker ini penggunakan akan menyimpan info berkenaan projek tersebut dengan
terperinci mengikut bahagian yang telah disediakan. Antara bahagian tersebut
seperti nama projek, tarikh mula dan akhir projek, nama syarikat yang terlibat
dan lain-lain lagi. Melalui BugTraker ini pengguna boleh melihat semula
projek-projek ini sama ada untuk melihat perkembangan projek atau sebagai
tempat penyimpanan rekod projek mereka.
Zoho
CRM
digunakan untuk merapatkan hubungan
pemilik akaun zoho ini dengan pelanggan mereka, didalam aplikasi ini pengguna
boleh menyimpan secara terperinci pelanggan, pembekal, dan sebagainya. Zoho CRM
ini dibahgikan kepada empat bahagian iaitu Leads (info pelanggan), Contacts
(info panggilan), Accounts (info akaun) dan Activities (info aktiviti
pengguna). Zoho Invoice digunakan khas untuk menghantar invois, menerima
pembayaran online, dan melihat semua jenis invois yang terlibat dalam
bentuk lebih yang lengkap dan tersusun dari segi nama invois, nama pelanggan,
tarikh, dan jumlah.
Zoho Live Desk digunakan sebagai satu aplikasi chat sesama kakitangan, pengurus,
dan lain-lain lagi di dalam satu syarikat yang sama. Di mana syarikat tersebut
perlulah mempunyai akaun Zoho begitu juga kakitangan mereka yang lain. Zoho
Marketplace merupakan satu
aplikasi penyelesaian masalah bagi usahawan, di dalam aplikasi ini pengguna
boleh mengemukakan soalan dan soalan tersebut akan dijawab oleh orang
professional dalam bidang perniagaan. Selain pengguna boleh menambah ilmu
berkenaan perniagaan disini. Zoho Recruit pula merupakan suatu aplikasi yang
memudahkan syarikat untuk merekod pekerja mereka secara online, selain menjadi
satu tempat untuk mencari pekerja baru, di mana bakal pekerja akan mengisi
borang tawaran bekerja dan info mereka akan dimasukkan di dalam aplikasi
syarikat tersebut. Zoho Sites dibangunkan khusus untuk membuat website, dengan menggunakan aplikasi ini mencipta
website menjadi suatu yang mudah. Zoho Vault merupakan satu aplikasi untuk menyimpan data-data penting
terutamanya ialah kata laluan (password). Dengan aplikasi ini pengguna tidak
perlu risau kehilangan password mereka dan mampu untuk masuk ke dalam web
tersebut tanpa perlu memasukkan kata laluan mereka lagi. Untuk memastikan
aplikasi ini selamat daripada penggodam pengguna memerlukan kata laluan yang
selamat dengan bantuan aplikasi ini.
2.2 Collaboration
Applications
Terdapat lapan jenis aplikasi dibawah collaboration
applications iaitu Chat, Docs,
Discussion, Mail, Meeting, Projects, Pulse, dan Wiki. Chat digunakan untuk rangkaian sosial
chat yang bersambung dengan rangkaian sosial lain seperti google, yahoo,
facebook, myspace dan lain-lain. Manakala, docs merupakan satu aplikasi yang memiliki
ciri-ciri yang sama seperti Microsoft word tetapi berbentuk secara online.
Aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik atau memuat turun sesuatu bahan
seperti gambar, fail, mahu pun video dan menyimpannya di dalam aplikasi ini.
Aplikasi seterusnya disscussion merupakan satu aplikasi di mana
pengguna boleh membuat perbincangan sesama kakitangan, pengurus dan pelanggan
secara lebih formal berbanding aplikasi Chat, khususnya berkenaan suatu yang
melibatkan tugas mereka. Selain daripada itu, mails pula fungsinya adalah sama seperti mail
yang lain seperti google mail dan yahoo mail, tapi aplikasi mail di sini
bersambung atau berkait dengan link di dalam aplikasi yang ada di WebTop Zoho
ini. Application Meeting ini digunakan khusus untuk mencatat
info-info penting berkenaan mesyuarat yang akan dibuat seperti tajuk mesyuarat,
masa dan tempat mesyuarat akan dibuat, dan sebagainya. Seandainya pengguna
ingin membuat mesyuarat secara online, aplikasi ini akan bersambung terus
dengan aplikasi Zoho Assist. Application
Project digunakan untuk mencatat
segala jenis projek yang akan dijalankan sama seperti aplikasi Bug Tracker,
namun di dalam aplikasi ini, pengguna dibenarkan untuk membuat perbincangan
melalui chat berkenaan projek tersebut. Aplikasi pulse pula merupakan
rangkaian sosial sama seperti facebook dan
myspace. Namun begitu, aplikasi ini hanyalah khas untuk pengguna
Webtop ini sahaja.
2.3 Productivity
Applications
Di bawah productivity application terdapat lima aplikasi
lain iaitu calender, notebook,
application sheet dan show. Aplikasi calender
boleh digunakan untuk membuat nota untuk tujuan ingatan seperti mencatat
tarikh-tarikh penting. Manakala, notebook pula
digunakan sama seperti buku nota tetapi berbentuk aplikasi online. Seterusnya
aplikasi yang tidak kurang hebat dalam zoho ialah Application Sheet dan Show. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang
membenarkan pengguna terus memasuki aplikasi Docs.
3.0 Langkah Menggunakan
Aplikasi
3.1
Daftar Akaun Zoho
Langkah pertama, anda perlu masuk laman rasmi Zoho
di laman www.zoho.com
dan klik sign in. Apabila anda sign up, anda perlu mengisi maklumat akaun (account information) seperti alamat email, username, dan password. Langkah
kedua, selepas mendaftar akaun Zoho, pengesahan akaun akan dihantar melalui
e-mel anda. Oleh itu, anda perlu mengaktifkan akaun anda dengan klik link yang
diberi seterusnya mengesahkan password anda. Langkah tiga, setelah selesai
pengesahan akaun dan password, anda perlu daftar masuk (sign in) di laman https://accounts.zoho.com/
dengan menggunakan ‘username’ dan ‘password’ yang telah didaftarkan. Langkah
keempat klik pada ‘profile’ dan anda perlu mengedit profil anda. Jika anda
ingin menggunakan aplikasi zoho yang lain, anda perlu ke ‘home’ seterusnya
pilih aplikasi yang anda inginkan di perkhidmatan zoho.
3.2
Zoho Calender
Langkah pertama, anda perlu masuk laman www.zoho.com / calendar
dan log in akaun Zoho. Setelah anda log
in, klik ‘calendar’ untuk memasuki
aplikasi tersebut. Setelah log in,
akaun Zoho anda akan memaparkan Zoho Calendar. Langkah kedua, untuk
membuat jadual atau menambah jadual agenda, double
klik pada kotak yang ingin diisi dengan
melihat jam, hari dan tarikh. Masukkan tajuk agenda yang ingin dilakukan
seterusnya klik ‘create’. Tajuk
agenda anda akan dipaparkan pada Zoho Kalendar anda. Langkah ketiga, klik pada ‘agenda’ untuk mengetahui jadual atau
event terdekat yang akan dijalankan.
3.3
Zoho Dokumen
Langkah pertama sign in akaun Zoho dokumen di laman https://www.zoho.com/docs/.
Langkah kedua, klik dan pilih elemen di ‘favorite’ yang ingin di upload
contohnya presentation, picture, music,
video dan dokumen. Langkah ketiga, apabila
anda klik pada salah satu elemen ‘favorite’,
anda perlu klik ‘upload’ untuk mengambil dokumen anda di dalam komputer. Langkah
keempat, setelah selesai dokumen anda di upload,
anda perlu klik pada file tersebut
dan klik ‘share’. Seterusnya, anda
perlu menulis alamat email yang akan di
share dan klik ‘share’.
3.4 Zoho Meeting
Langkah pertama, layari laman web www.zoho.com /
meeting seterusnya pilih Sign In untuk log in ke Zoho Meeting
apabila telah mempunyai akan Zoho. Setelah log
in, pilih ‘create meeting’ untuk
membuat jadual meeting baru. Langkah kedua, isi keterangan topik meeting, agenda yang akan dibincangkan, alamat
email tujuan dan waktu meeting akan berlangsung. Selepas semua maklumat diisi,
klik ‘create’. Langkah ketiga, apabila
anda ‘create’ jadual meeting, kita
boleh menambah email peserta meeting yang lain dengan klik ‘invite more’. Selepas memulakan meeting klik ‘start’. Seterusnya agenda meeting akan
dijalankan secara automatik.
3.5 Zoho writer
Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan klik pada writer. Setelah aplikasi Zoho Docs dipaparkan, pengguna perlu
klik pada ‘create’ dan pilih dokumen
seterusnya ia memaparkan Zoho Writer. Langkah
kedua, pengguna boleh membuat penulisan dengan Aplikasi Zoho Writer di mana
aplikasi ini sama seperti Microsoft word.
Pengguna juga boleh mengakses, menyunting dan membuat dokumen melalui email
sahaja. Pengguna juga boleh mengimport file daripada komputer dengan cara klik
file dan pilih import file. Pilih file yang pengguna ingin masukkan dalam Zoho Writer dan seterusnya klik import.
Secara automatik, file yang diimport berada dalam dokumen Zoho Writer. Langkah ketiga,
setelah selesai penulisan anda perlu rename dokumen anda dengan klik pada untitled documents. Jika anda ingin
eksport penulisan, pengguna perlu klik pada file dan pilik ‘export as’. Pengguna boleh mengeksport dokumen
kepada Word, Rich Text Format (RTF),
OpenDocument Text Document(ODT), JPG, PNG, HTML, ataupun TXT. Langkah
keempat, pengguna boleh memberi hak akses kepada pengguna lain dengan share dokumen tersebut dengan cara klik
pada share dan masukkan email pengguna lain.
3.6 Zoho Chat
Langkah pertama, sign in akaun Zoho dan pilih perkhidmatan chat Zoho. Bagi memulakan
aplikasi Zoho Chat, pengguna perlu
‘add’ pengguna lain untuk berkomunikasi dengan cara klik pada gambar ‘add IM
contact’ dan masukkan email Id pengguna lain. Langkah kedua, untuk memuakan
perbualan, pengguna perlu klik ‘chat’
pada gambar pengguna lain. Dengan menggunakan Zoho Chat, pengguna juga boleh melakukan group berbual di mana ia
dapat digunakan sebagai tempat perbincangan dengan rakan sekerja yang bersifat
berkumpulan. Langkah ketiga, pengguna juga dapat menggunakan pelbagai pilihan
Chat selain daripada akaun Zoho seperti Facebook,
Gtalk dan Yohoo Messenger dengan menggunakan Zoho Chat. Caranya ialah dengan klik pada button pilihan Chat yang
telah disediakan dan pengguna perlu Sign In akaun tersebut untuk membuat
perbincangan. Oleh itu, kita dapat membuat perbualan dengan orang-orang yang
tidak mempunyai akaun Zoho Chat.
3.7 Zoho show
Langkah pertama, sign in akaun Zoho di laman https://accounts.zoho.com/
dengan menggunakan alamat email dan password. Klik pada Zoho Service dan klik show. Apabila akaun Zoho memaparkan Zoho Docs, pengguna perlu klik pada ‘create’ dan pilih presentation. Langkah kedua, Zoho
Presentation akan memaparkan ‘create
New Presentation’ seterusnya namakan tajuk presentation. Kemudian, pilih
jenis-jenis skrin atau background
presentation dan klik ‘ok’.
Setelah itu, pengguna boleh mengisi maklumat dan mengedit slide show di mana Zoho Show mempunyai banyak ciri-ciri
yang menyokong persembahan seperti animasi, muzik, suara, pembuatan slide
master dan sebagainya. Langkah ketiga, pengguna juga boleh berkongsi hasil
presentation dengan klik ‘share’ dan
masukkan email pengguna lain secara automatik, pengguna lain dapat mengakses
presentation tersebut.
4.0 Cara Membantu Organisasi dengan Menggunakan
Aplikasi
Organisasi
adalah sekelompok orang iaitu dua atau lebih yang secara formal dipersatukan
dalam satu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Alatan
internet Zoho mempunyai banyak fungsi
yang secara tidak langsung dapat
membantu organisasi. Dalam penggunaan
internet zoho ini terdapat pelbagai aplikasi yang boleh diaplikasikan.
4.1
Membantu
dalam network marketing
Zoho pulse merupakan satu aplikasi yang mempunyai fungsi yang lebih
kurang sama dengan laman sosial facebook. Maka zoho pulse ini boleh digunakan
untuk membuka kumpulan, chat, post
tulisan, gambar, profil diri dan sebagainya. Dalam sesebuah organisasi dengan
menggunakan aplikasi zoho pulse ini secara tidak langsung butiran peribadi
pekerja dapat diakses dengan mudah oleh
majikan atau pihak pengurusan organisasi, misalnya majikan boleh melihat
butiran seperti tempat kediaman, status, jawatan dan sebagainya. Di samping itu
juga dengan menggunakan aplikasi ini juga secara tidak langsung para pekerja dapat bertukar-tukar pendapat
berkaitan dengan sistem organisasi terutama sekali berkaitan dengan tugasan
seharian mereka.
4.2 Membantu dalam urusan
sumber manusia
Aplikasi seterusnya yang terkenal dalam bidang internet zoho ialah
Zoho CRM. Zoho CRM mempunyai fungsi membuat account dan menyimpan contact orang lain bagi account sendiri.
Aplikasi ini secara tidak langsung dapat membantu dalam pengurusan organisasi,
misalnya dengan Zoho CRM setiap pekerja dapat mengetahui butiran pekerja lain,
misalnya email, no telefon dan sebagainya. Butiran ini secara tidak langsung
boleh membantu organisasi seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
Contohnya, jika berlaku kemalangan di tempat kerja, maka pihak majikan akan
lebih mudah untuk menghubungi keluarga pekerja yang berdekatan. Email yang
tertera dalam aplikasi Zoho CRM boleh digunakan untuk urusan pentadbiran,
misalnya dalam pesanan untuk bekalan stok yang diperlukan dan sebagainya.
4.3) Memudahkan urusan
mesyuarat
Aplikasi zoho meeting secara tidak langsung dapat membantu
organisasi dalam mengelola sesuatu mesyuarat yang telah dirancang oleh semua
kakitangan dalam sesebuah organisasi. Mesyuarat tersebut dapat diketahui dan
diakses dengan mudah oleh semua para kakitangan organisasi . Melalui penggunaan
aplikasi ini, para kakitangan secara tidak langsung dapat mengetahui dengan
lebih terperinci berkaitan dengan perjalanan mesyuarat yang telah dirancang,
misalnya mereka dapat mengetahui tentang agenda mesyuarat, masa mesyuarat,
tempat mesyuarat akan dijalankan serta pengelola mesyuarat tersebut. Hal ini
secara automatik dapat membantu organisasi supaya lebih efisien. Semua
kakitangan juga secara tidak langsung dapat mengutarakan pandangan mereka dan
segala masalah yang berbangkit dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan
berkesan kerana agenda mesyuarat dapat diketahui dengan lebih awal dengan
menggunakan aplikasi zoho meeting.
4.4) Membantu perjalanan
perniagaan
Zoho business merupakan
salah satu aplikasi zoho yang terkenal. Zoho business boleh digunakan dalam
sesebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan. Aplikasi ini dapat
membantu sesebuah organisasi perniagaan berjalan dengan lebih sistematik. Zoho business ini dapat membantu
organisasi perniagaan mengemas kini produk-produk terbaru perniagaan dan
projek-projek terbaru. Para pelanggan juga dapat membuat tempahan dengan
menggunakan aplikasi zoho business.
Tambahan pula, dengan cara ini organisasi perniagaan dapat merancakkan lagi
promosi perniagaan.
5.0 Penutup
Kesimpulannya,
dalam dunia era dan globalisasi ini aplikasi zoho mampu melancarkan sistem
pengurusan sesebuah organisasi. Sistem pengurusan sesebuah organisasi juga akan
menjadi lebih sistematik.
Data-data juga akan dapat disimpan
dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, melalui aplikasi internet zoho ini
secara tidak akan memudahkan urusan dengan pihak luar terutama urusan penting. Keberkesanan
aplikasi zoho ini dapat diuji dengan menggunakan aplikasi ini secara
berterusan. Tambahan pula, dunia kini merupakan dunia teknologi maklumat yang
mana banyak perkara yang dapat dicapai dengan alam maya sahaja.
Selain itu, aplikasi ini juga
merupakan salah satu aplikasi yang mampu berkembang sejajar dengan aplikasi
internet yang lain. Dalam hal ini, semua lapisan masyarakat memainkan peranan
yang penting dalam membangunkan perisian ini secara meluas sehingga ke
peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang
sedang membangun perlu lah merencanakan aplikasi yang lebih bervariasi dan
mempunyai pelbagai fungsi yang menarik supaya dapat membuka paradigma negara
luar bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara
lain.
Aplikasi zoho ini juga sememangnya
mempunyai banyak faedah yang tersendiri. Manfaatnya perlulah diteroka oleh setiap
individu supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Lantaran daripada
itu mampu menjadikan individu lebih maju dan proaktif dalam bidang teknologi
maklumat. Tambahan pula, dapat melahirkan insan berminda kelas pertama.
USAHA GIGIH BERSAMA RAKAN PERSEJUANGAN DI UPSI:
1. MOHAMAD HANAFI BIN HUSIN
2. NOR INTAN LIANA BINTI TAHAR
3. WAN AMEERA FARHAH BINTI WAN AZAHARI

No comments:
Post a Comment